Kehidupan peribadi Hafreez_Adam

Pada April 2018, Hafreez dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Zara Zya dan beliau tidak melihat jarak usia sebagai penghalang.[13][14] Beliau sebelum ini menafikan khabar angin yang mengatakan beliau menjalin hubungan dengan Afifah Nasir yang juga adik pelakon Anzalna Nasir ketika mereka sama-sama membintangi drama Pengantinku Jatuh Dari Langit.[15]

Hafreez juga dikatakan pernah berkrisis dengan pelakon Nazim Othman.[16] Selain itu, beliau juga mempunyai prinsip untuk menjaga hati dan perasaan keluarganya.[17] Hafreez dan Zara bertunang pada 12 Oktober 2019 dan dijadual akan berkahwin pada 2020. Selain itu, Hafreez baru sahaja kehilangan bapa tercinta beberapa hari sebelum majlis pertunangannya berlangsung.

Hafreez dan Zara mengumumkan telah memutuskan pertunangan mereka selepas sebulan. Beliau bagaimanapun menjelaskan, mereka berpisah secara baik.[18]

Rujukan

WikiPedia: Hafreez_Adam http://www.astroawani.com/berita-hiburan/qadr-kisa... http://www.hmetro.com.my/node/41212 http://www.kosmo.com.my/hiburan/penyatuan-hati-dal... http://www.kosmo.com.my/hiburan/raisha-2-lebih-dra... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/2... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hafreez-adam... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/juvana-2-keb... https://www.facebook.com/HafreezAdam